C.L.I.C.K.M.E
Friday, 31 May 2013
Wednesday, 29 May 2013
Rumah Baru
Alhamdulilllah, akhirnya we owned a home. Eventhough rumah kecil je, tapi cukuplah buat kami sekeluarga. Rumah baru kami ni dah siap pada bulan April hari tu dan dah dpt kunci dh pun. Tetapi, memandangkan ruang dapur yang sempit so we decide to renovate, sebab tanah bahagian belakang rumah luas juga dalam 18 kaki macamtu..
So, sekarang rumah tu tengah renovate..rasa tak sabar nak tunggu siap..
Hopefully, dapat masuk rumah ni before puasa. Tu janji encik contractor tu :)
So, sekarang rumah tu tengah renovate..rasa tak sabar nak tunggu siap..
Hopefully, dapat masuk rumah ni before puasa. Tu janji encik contractor tu :)
Petua Untuk Masuk Rumah Baru
1. Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah berpesan bahawa sekiranya sesebuah bangunan, pejabat atau rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus yang dikenali sebagai Al-'Ammar. Ia suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
2. Membaca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah jika dibacakan Surah Al-Baqarah."
3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran – Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, Selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali.
(sumber: facebook)
Purpleberry :)
Sunday, 26 May 2013
Flawless and healthy skin with Shaklee Collagen, insyaAllah :)
Assalamualaikum again :)
Nak share yang ini pulak..kalau konsisten amalkan selama 8 minggu insyaAllah dapat lihat perbezaannya. Untuk rahsia kulit lebih sihat, muda menawan!
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.
[sumber: website Shaklee]
Fungsi dan khasiat Lecithin Shaklee
Assalamualaikum, hari ni nak berkongsi tentang produk lechitin shaklee ni.. sbb macam saya, pasti ramai wanita kat luar sana yang ingin kurus dan dalam masa yang sama ingin sihat juga. Jadi, bolehlah baca sedikit khasiat dan kebaikan produk ni untuk info.
13 Khasiat & kebaikan Lecithin yang anda perlu tahu:
- Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease, arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000 - 7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yang sebegini.
- Kenapa org yang nak kurus suke Lecithin? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (memecahkan lemak). Tahukah anda? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
- Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel2 badan tanpa Lecithin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan-banyak kimia dari persekitaran yg tercemar,bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc .. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2. Jadi dengan menambahkan pengambilan Lecithin sebagai pemakanan tambahan harian, pasti ianya keputusan yg bijak.
- Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
- Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.
- Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.
- Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.
- Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter di mana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.
- Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever, asma, bronkitis dan emphysema.
- Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi sendi2 (joint) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang & sistem penghadaman.
- Lecithin adalah zat utk kecantikan .. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
- Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
- Lecithin bersama unsur2 lain digunakan utk membuat BILE .. BILE ni fungsinya ialah mencairkan lemak.Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan.
Jgn lupa ambil 3 biji LECITHIN Shaklee selepas lunch & 3 biji selepas dinner.
Jom sama2 ELAK LEMAK MELEKAT di dinding membran!
Purpleberry
Friday, 24 May 2013
Shaklee
Alhamdulillah, akhirnya terbuka hati utk jadi member shaklee. Bukan apa, selana ini duk mkn supplement shaklee tp beli dgn kawan. Lepastu, bila dh pindah ke Kuantan, susah pulak nk dptkn barang sbb kene pos bagai. Lagi satu saya pun tak tau nk cari mana dealer shaklee kt Kuantan ni. Bila tanya kt kawan2 baru, mereka semua tak familiar dgn shaklee, tak pernah dgr la apa la. Entah apa2 huhu..
So now, im officialy a independent shaklee distributor (kalau tak silapla, tak ingat pgl apa).. Jadi skrg nk beli blh terus order :)
Mula2 ni beli utk diri sendiri dulu.. Bila dh lama sikit baru boleh buat promotion kot. Ke mcmana? Huhu susah jgk nak berniaga ni, bagi org mcm saya..yg pendiam ini huhu
Dekat bawah ni nk bagi link ttg tips2 utk lebih maju dlm bidang shaklee ni hehe..smg saya blh jadikan panduan, insyaAllah
https://www.facebook.com/groups/surijunior4shaklee/permalink/535169493195658/
Purpleberry🍇
So now, im officialy a independent shaklee distributor (kalau tak silapla, tak ingat pgl apa).. Jadi skrg nk beli blh terus order :)
Mula2 ni beli utk diri sendiri dulu.. Bila dh lama sikit baru boleh buat promotion kot. Ke mcmana? Huhu susah jgk nak berniaga ni, bagi org mcm saya..yg pendiam ini huhu
Dekat bawah ni nk bagi link ttg tips2 utk lebih maju dlm bidang shaklee ni hehe..smg saya blh jadikan panduan, insyaAllah
https://www.facebook.com/groups/surijunior4shaklee/permalink/535169493195658/
Purpleberry🍇
Subscribe to:
Posts (Atom)