C.L.I.C.K.M.E

Showing posts with label shaklee. Show all posts
Showing posts with label shaklee. Show all posts

Friday, 10 October 2014

Set Kesuburan Shaklee

Assalammualaikum..

Ingin saya kongsi disini. Apakah vitamin yang sesuai untuk masalah kesuburan. Boleh dijadikan sebagai rujukan kepada mereka yang memang merancang untuk mendapatkan cahaya mata.

Sebagai panduan anda, berikut adalah vitamin/ suplemen/ pemakanan tambahan yang baik untuk kesuburan suami isteri.

SUPLEMEN SET SUBUR
***********************
1. Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protien lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

2. Vita-Lea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.

3. Vit c
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dgn ovum.

4. B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral.

5. Vit E
Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & amp; wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

6. Zinc Complex
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

7. Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

8. GLA Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & amp; likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

SITUASI PELANGGAN BESERTA SUPLEMEN YANG PERLU DIAMBIL

Customer 1

"Saya ada masalah period. Saya ada rujuk kat hospital Swasta. Doktor bagi saya ubat hormon. Bila saya makan ubat tu baru period saya jalan. Saya dah ambil setahun dah tapi tetap sama. Tapi doktor kata saya kena ambil sebab nak kuatkan hormon dalam badan saya. Tapi lepas setahun ambil ubat tu baru doktor tu cakap saya tak boleh hamil. Haritu saya ada buat ujian darah untuk hormon. Doktor cakap ujian tu tak cantik. So, saya tak tahu macam mana nak buat, saya terus makan ubat tu. Saya nak sihat."

Untuk masalah ini, saya cadangkan full set subur (semua di atas kecuali alfalfa) untuk si isteri. Untuk si suami saya syorkan Zinc, Vita E & Vitalea

Cara makan :

ESP - 2 sudu dibancuh dalam air SEBELUM sarapan.
*Jangan guna air panas
VITALEA - 1 biji SELEPAS lunch melainkan kalau pasangan ada masalah tekanan darah rendah baru ambil 2 biji sehari (lepas lunch)
Vit C - 2 biji SELEPAS sarapan
B Complex - 1 biji SELEPAS sarapan sebab vitamin ni memberi tenaga. Kalau tengah under lots of stresss boleh makan 2biji (1pg & 1tghari lps meal)
Vit E - 1biji SEBELUM  tidur
Zinc - 1biji SEBELUM sarapan.
*Kalau ambil/suggest ESP pastikan 15-30min selepas minum ESP. Takut tiada penyerapan zinc.
GLA - untuk masalah period tak teratur suggest 2biji SELEPAS makan malam sehingga period teratur. Kalau period dah mula teratur ambil 1 biji SELEPAS makan malam.
* kalau anda tak consume Vitalea, saya suggest makan lepas lunch kerana VitaLea tak boleh diambil bersama GLA

Customer 2

"Sebelum ni saya pernah hamil. Tapi gugur sebab rahim saya tak kuat".

Untuk masalah ni, saya cadangkan ESP & GLA dimana fungsi ESP & GLA adalah :-

ESP : membantu pertumbuhan sel & otot2 dinding rahim supaya lebih teguh & kuat untuk menampung kehamilan.
GLA : Meningkat & menstabilkan hormon

Cara makan :

ESP - 2 sudu dibancuh dalam air SEBELUM sarapan.
*Jangan guna air panas.
GLA - untuk masalah period tak teratur, saya suggest 2biji SELEPAS  lunch sehingga period teratur. Kalau period dah mula teratur ambil 1 biji SELEPAS lunch.

Customer 3

"Sebelum ni saya pernah hamil tapi saya aktif sehinggakan peranakan saya jatuh".

Untuk masalah ini, saya syorkan ESP, Alfalfa dan Vitamin E untuk membantu menguatkan rahim & membantu menguatkan otot-otot pelvic dan ligament di sekitar rahim.

Cara makan :

ESP - 2 sudu dibancuh dalam air SEBELUM sarapan.
*Jangan guna air panas untuk pelihara kandungan protein.
Vit E - 1biji SEBELUM  tidur
Alfalfa - 3-5biji SELEPAS lunch

PERINGATAN !!
* Jika anda disahkan hamil sewaktu consume set subur Shaklee ini, customer diHARUSKAN stop pengambilan VIT E, GLA & Alfalfa.

"Vitamin ini adalah satu cara alternatif sahaja. Bukanlah 100% tepat..Kita hanya merancang dan usaha tetapi allah telah tetapkan yang terbaik untuk hamJbanya..Berusahalah berdoa dan tawakal kepada Allah swt.."

Untuk dapatkan set kesuburan Shaklee ini, bolehlah menghubungi saya
aishah
0176037974

COD AREA: KUANTAN

Wednesday, 8 October 2014

Rawat rambut bermasalah dengan Shaklee

Langkah menghilangkan masalah rambut dengan penggunaan bahan semula jadi:

let's check it out :)

1. Soda bikarbonat- tambahkan sesudu besar soda bikarbonat dengan beberapa titik air, lalu lumurkan campuran itu ke kulit kelapa. Biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas dengan air bersih. Hasilnya kepala terasa ringan dan bersih.

2. Lemon - kandungan asid semulajadi dalam buah ini mampu menghilangkan rasa gatal kulit kepala.

3. Gula - campuran gula dengan lemon dapat menghasilkan penyegar rambut yang bulan sahaja harum tetapi kaya dengan vitamin untuk rambut lembut.

4. Cuka epal - gantikan perapi rambut anda dengan bahan semula jadi yang menyihatkan kulit dan rambut.

5. Air - urut kulit kepala dengan air pancut selama lima minit setiap hari. Ia bukan sahaja membantu pelancaran darah tetapi menyegarkan kulit.

(sumber: berita harian, 8 oct 2014)

sebenarnya list nya panjang lagi tapi yang ni je sempat untuk disharekan di sini hihi...

insyaAllah kalau ada masa saya sambung lagi listnya....

tapi kalau korang2 rasa leceh nak buat semua list dekat atas tu..bolehla cuba rangkaian produk hair care shaklee ni...

memang sangat semulajadi

untuk keterangan lanjut mengenai produk ni
jangan lupa hubungi saya
aishah
0176037974

Tuesday, 7 October 2014

supplement agar anak hebat

Sepanjang hamil, zat dan nutrien yang diperlukan bertambah kerana pengambilannya bukan untuk diri sendiri sahaja malah untuk perkembangan si kecil dalam kandungan.

Sukatan vitamin dan mineral yang diperlukan:
♥ asid folik 400 mikrograms
♥ vitamin D 400 IU
♥ kalsium 200 hingga 300 mg
♥ vitamin C 70 mg
♥ Thiamina 3 mg
♥ Riboflavin 2 mg
♥ Niasin 20 mg
♥ vitamin B12 6 mcg
♥ vitamin E 10 mg
♥ zink 15 mg
♥ zat besi 17 mg

(sumber: pa&ma oct 2013)

Anda boleh dapatkan sumber-sumber vitami n dan mineral daripada makanan sihat yang diambil hari- hari atau boleh ambil set supplemen Shaklee yang ada....

untuk dapatkan set hamil shaklee boleh whatsapp saya di
0176037974
aishah
COD AREA: KUANTAN

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Monday, 3 February 2014

Tuesday, 28 January 2014

Fakta Diet

1) Makanan mentah tambah tenaga?
      MUNGKIN. Itu kata Tasneem Bhatia, pengasas Atlanta Centre for Holistic & Integrative Medicine. Makanan mentah yang tinggi serat dan mengandungi enzim pencernaan yang diperlukan oleh badan. Penghasilan enzim pencernaan membantu kita memecahkan makanan menjadi lebih kecil, zarah diserap, tetapi kita perlu enzim dalam tumbuh-tumbuhan untuk membantu kita menyerap nutrien penting. Enzim akan dimusnahkan apabila kita menghasilkan haba di atas 115f. Bagi anda yang sedang berdiet, ayuh cerna makanan anda dengan cara ini.

2) Kawal selera anda!
      Kalau anda benar-benar ingin berdiet, ingat! jaga tingkah laku anda di dapur. Baik ketika memasak atau sedang makan. Jangan terlalu ghairah merasa semua masakan. Elakkan juga menghabiskan saki-baki makanan yang ada dengan alasan untuk mengelakkan pembaziran.

3) 2 cawan kopi.
     Minum dua cawan ketika sarapan pagi boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan sepanjang hari. Asid chlorogenic yang terdapat di dalam kopi berfungsi menyekat selera makan anda!

(sumber: majalah i-sihat januari 2014)

Thursday, 23 January 2014

B- Complex Shaklee

      B- Complex Shaklee telah dicipta dengan kandungan asid folik secara semula jadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan yang sangat tinggi dan berkualiti.
      B- Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada tubuh kita untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.
      Vitamin ini adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan.

Manfaat utama:
- menukar makanan kepada tenaga dengan membantu penghadaman, menukar pemak, kabohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan keletihan.
- melawan tekanan/stress dengan memastikan fungsi saraf sihat.
- membantu tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
- rambut beruban dan gugur- membaiki masalah kulit kepala, kelumumur rambut gugur, beruban.
- mengurangkan masalah keltihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan.
- mencegah anemia- membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, meransang peredaran darah dalam tubuh, mencegah anemia, sakit kepala, pening, migrain.
-  baik untuk masalah senggugut, meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman.
- meredakan alahan

Bagaimana memilih B-Complex yang baik?
- mengandungi kesemua 8 vitamin- B1,B2,B3,B5,B6, B12, asid folik dan biotin.
- harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
- pastikan jurang peratusan nilai harian B1,B2,B3 dan B12 tidak terlalu besar.
- elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut air ( sustained release)

Cadangan pengambilan:
Ambil satu biji selepas makan setiap hari.
*********************************************************************************
ingin mendapatkan produk ini atau mana-mana produk shaklee yang lain,boleh menghubungi saya
Aishah Latiff
0176037974
eye.sha.82@gmail.com
Jom hidup sihat bersama keluarga tersayang!

Monday, 20 January 2014

Energizing Soy Protein (ESP)


Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Kebaikan Shaklee ESP:


•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.


•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.


•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*


•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.



Cara bancuh ESP Shaklee:

1)  1 sudu bancuhan ESP dan  Air Suam

 

ingat, jangan bancuh dengan air panas ok, bancuh dengan air suam/masak je. Kalau bancuh biasa akan dapatkan keaslian rasanya.

2) 1 sudu bancuhan ESP + Fresh Milk (Susu kotak atau susu tepung)

3) 1 sudu bancuhan ESP + Milo
4) 1 sudu bancuhan ESP + Twister Oren


5) 1 sudu bancuhan ESP + Fresh Milk + kurma 
(kurma tu rendamkan dulu dan boleh potong saja kecil2 mahupun blend)

6) 1 sudu bancuhan ESP + Ribena  

7) 1 sudu bancuhan ESP + Nesvita 3 in 1 

8) 1 sudu bancuhan ESP + Susu Anmum 

9) 1 sudu bancuhan ESP + campuran buah-buahan dan blend 
(boleh pilih buah kegemaran anda)

10) 1 sudu bancuhan ESP + Horlicks 
11) 1 sudu bancuhan ESP + Nestle Bliss

12) 1 sudu bancuhan ESP + Mealshake/Performance Drink/Cinch Shake  

(sumber: irinenadia.blogspot.com)


Cadangan waktu pengambilan ESP Shaklee:

2 kali sehari. Boleh diambil sebagai sarapan pada waktu pagi dan juga minum sebelum masuk tidur.


*********************************************************************************************************************************

untuk order dan pertanyaan

hubungi saya:

Aishah Latiff
call/ sms/ whatsapp: 017 6037974
email:  eye.sha.82@gmail.com










Thursday, 16 January 2014

Q & A tentang vitamin Shaklee

Sharing dari master 2b Jumaelya

1.Mengapa urin saya bertukar jadi kekuningan selepas mengambil vitamin?

Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air. Jadi banyakkkan pengambilan air masak sekurang-kurangnya 3 L/day atau secara rationya setiap 25kg berat badan memerlukan 1 L air.

2. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?

Jawapan: Ia juga merupakan kesan pengambilan B complex dan juga alfalfa, vitamin ini adalah vitamin larut air.Dan dgn pengambilan esp InshaAllah juga pekatkan susu badan ibu

3. Saya mengalami pening2 selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?

Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. (Ibaratkan seorang yang tidak punyai perabot di dalam rumahnya dan tiba2 datang orang menghantar perabot serta memenuhi ruang kekosongan dalam rumah, pastinya individu itu perlukan masa untuk menyesuaikan  diri.). Hakikatnya keserasian memerlukan masa.

4. Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas, bolehkah saya mengambil supplement ini sebab mempunyai masalah buasir?

Jawapan: Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil supplement, ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh tubuh.

5. Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya lalui?

Jawapan: Sebenarnya, vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar supplement iaitu makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu tubuh melawan penyakit.

Sekiranya penyakit yang   atau berlarutan maka memang memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE, Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.

Gigi dan tulang yang kuat!

     Tulang merupakan struktur penting dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan yang menyeluruh.
OSTEMATRIX SHAKLEE:
♥ 1 biji ada 250mg kalsium.
♥ seseorang memerlukan 1000mg-1300mg calcium sehari termasuk ibu mengandung.
♥ disarankan untuk mengambil 4 biji ostematrix sehari selepas makan. Seeloknya 2 biji selepas makan tengahari dan 2 biji selepas makan malam agar proses penyerapan berlaku dengan baik.
♥ untuk ibu mengandung yang rajin minum susu kalsium segelas sehari, ambil 2 biji ostematrix sehari sudah memadai.
*produk ini hanyalah dietary supplement, bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawa atau menyembuhkan sebarang penyakit.

Jika anda ingin membeli OSTEMATRIX SHAKLEE atau mana-mana produk shaklee serta ingin mendapatkan konsultasi percuma, bolehlah menghubungi saya di:
aishah latiff
017  6037974
eye.sha.82@gmail.com
Jom hidup sihat bersama orang yang tersayang!




Wednesday, 15 January 2014

Kenali Vita Lea Shaklee




Keistimewaan VITA LEA:

¤ mempunyai 30 nutrisi harian yang lengkap.
¤ 12 vitamin dan 7 mineral penting yang diekstrak daripada sayuran dan buah.
¤ diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.
¤ tablet disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina.
¤ tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan tubuh manusia.
¤ mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
¤ ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan VITA LEA SHAKLEE selama setahun boleh mengurangksn risiko jatuh sakit sebanyak 65%.

Vitamin yang terdapat dalam VITA LEA SHAKLEE:

1) Vitamin D- menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
2) Beta Kerotena- meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
3) Vitamin E- menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
4) Kalsium - menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
5) Boron- membantu dalam metabolisme*
6) Magnesium- menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
7) Biotin- membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
8) Zat besi- menstabilkan kandungan hemoglobin di dalam darah*

*Produk ini hanyalah dietary supplement, bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit.

Jika anda ingin mencuba VITA LEA SHAKLEE ini atau mana-mana produk kesihatan Shaklee atau konsultasi percuma, bolehlah menghubungi saya
Aishah Latiff
017 6037974
eye.sha.82@gmail.com

Jom Hidup Sihat bersama orang yang tersayang :)

Monday, 3 June 2013

Promosi hebat bulan jun-meal shake!


Boleh call/sms/wassap saya untuk dapatkan harga promosi untuk bulan jun ini sahaja! So, apa tunggu lagi, rebut peluang untuk dapatkannya. InsyaAllah kalau kita konsisten minum meal shakes hari2 tanpa skip, anda akan lihat kesan positif pada diri dan anak anda :).
Contact saya laju-laju ye sebelum kehabisan stok :)

Tips atasi anak susah makan.

Assalamualaikum :)

Hari ni saya nak bercerita tentang anak saya yang susah sangat nak makan. Umur di sekarang 1 tahun 6 bulan. Masa dia 6 bulan dia dah start makan bubur, lepastu bila dh setahun dia dh boleh makan nasi lembik. Memang masa tu dia suka makan, suap je dia makan. Saya sebagai ibu pun happy bila tengok dia makan apa yang saya masak, alhamdulillah..
Tapi sejak kebelakangan ini, dia dah tak nak makan, asyik nak minum susu dan air sahaja. Kadang- kadang sampai paksa- paksa dia suruh makan, tapi tak nak juga. Sebagai ibu rasa susah hati tu tetap ada :(
Kat bawah ni saya jumpa satu artikel tentang cara- cara nak bagi anak suka makan, jom baca :)

1. Jangan paksa anak makan. Ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Malah anak mungkin akan terus membenci dan merasakan ia satu penyiksaan.
2. Offer makanan bila anak- anak dalam keadaan lapar dan tenang. Jangan tunggu sehingga terlalu lapar.
3. Jadikan aktiviti makan sesuatu yang menggembirakan.
4. Campurkan makanan baru dengan makanan kesukaan anak- anak untuk memperkenalkan sesuatu yang baru.
5. Makan bersama- sama. Anak- anak akan mencontohi ibubapa.
6. Ajak anak bermain sambil makan.
7. Hidangkan makanan anak- anak dengan cara yang menarik, buat corak comel2.
8. Elakkan minum air sambil makan.
9. Kurangkan makan makanan ringan.
10. Biarkan anak- anak makan sendiri walaupun bersepah atau tumpah.
11. Biar anak- anak kunyah sehingga habis sebelum memberikan makanan lagi.
12. Anda juga boleh membantu anak anda dengan memberikan Meal Shakes. Selain membantu menambah selera makan, Meal Shakes juga adalah mulltivitamin yang berbentuk minuman untuk khasiat sepenuhnya walaupun kurang makan.
(sumber: www.babykawaiistore.com)
(credit to mr.google)

Lepas ni saya akan melaporkan perkembangan anak saya pula setelah mengamalkan meal shake ini. hehehe..

wassalam...

Sunday, 26 May 2013

Flawless and healthy skin with Shaklee Collagen, insyaAllah :)

Assalamualaikum again :)

Nak share yang ini pulak..kalau konsisten amalkan selama 8 minggu insyaAllah dapat lihat perbezaannya. Untuk rahsia kulit lebih sihat, muda menawan!  


Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

[sumber: website Shaklee]


Fungsi dan khasiat Lecithin Shaklee


Assalamualaikum, hari ni nak berkongsi tentang produk lechitin shaklee ni.. sbb macam saya, pasti ramai wanita kat luar sana yang ingin kurus dan dalam masa yang sama ingin sihat juga. Jadi, bolehlah baca sedikit khasiat dan kebaikan produk ni untuk info. 







13 Khasiat & kebaikan Lecithin yang anda perlu tahu:

  1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease, arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000 - 7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yang sebegini.
  2. Kenapa org yang nak kurus suke Lecithin? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (memecahkan lemak). Tahukah anda? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel2 badan tanpa Lecithin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan-banyak kimia dari persekitaran yg tercemar,bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc .. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2. Jadi dengan menambahkan pengambilan Lecithin sebagai pemakanan tambahan harian, pasti ianya keputusan yg bijak.
  4. Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
  5. Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.
  6. Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.
  7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.
  8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter di mana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.
  9. Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever, asma, bronkitis dan emphysema.
  10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi sendi2 (joint) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang & sistem penghadaman.
  11. Lecithin adalah zat utk kecantikan .. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  13. Lecithin bersama unsur2 lain digunakan utk membuat BILE .. BILE ni fungsinya ialah mencairkan lemak.Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan.

Jgn lupa ambil 3 biji LECITHIN Shaklee selepas lunch & 3 biji selepas dinner.

Jom sama2 ELAK LEMAK MELEKAT di dinding membran!

Purpleberry