C.L.I.C.K.M.E

Monday, 3 June 2013

Tips atasi anak susah makan.

Assalamualaikum :)

Hari ni saya nak bercerita tentang anak saya yang susah sangat nak makan. Umur di sekarang 1 tahun 6 bulan. Masa dia 6 bulan dia dah start makan bubur, lepastu bila dh setahun dia dh boleh makan nasi lembik. Memang masa tu dia suka makan, suap je dia makan. Saya sebagai ibu pun happy bila tengok dia makan apa yang saya masak, alhamdulillah..
Tapi sejak kebelakangan ini, dia dah tak nak makan, asyik nak minum susu dan air sahaja. Kadang- kadang sampai paksa- paksa dia suruh makan, tapi tak nak juga. Sebagai ibu rasa susah hati tu tetap ada :(
Kat bawah ni saya jumpa satu artikel tentang cara- cara nak bagi anak suka makan, jom baca :)

1. Jangan paksa anak makan. Ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Malah anak mungkin akan terus membenci dan merasakan ia satu penyiksaan.
2. Offer makanan bila anak- anak dalam keadaan lapar dan tenang. Jangan tunggu sehingga terlalu lapar.
3. Jadikan aktiviti makan sesuatu yang menggembirakan.
4. Campurkan makanan baru dengan makanan kesukaan anak- anak untuk memperkenalkan sesuatu yang baru.
5. Makan bersama- sama. Anak- anak akan mencontohi ibubapa.
6. Ajak anak bermain sambil makan.
7. Hidangkan makanan anak- anak dengan cara yang menarik, buat corak comel2.
8. Elakkan minum air sambil makan.
9. Kurangkan makan makanan ringan.
10. Biarkan anak- anak makan sendiri walaupun bersepah atau tumpah.
11. Biar anak- anak kunyah sehingga habis sebelum memberikan makanan lagi.
12. Anda juga boleh membantu anak anda dengan memberikan Meal Shakes. Selain membantu menambah selera makan, Meal Shakes juga adalah mulltivitamin yang berbentuk minuman untuk khasiat sepenuhnya walaupun kurang makan.
(sumber: www.babykawaiistore.com)
(credit to mr.google)

Lepas ni saya akan melaporkan perkembangan anak saya pula setelah mengamalkan meal shake ini. hehehe..

wassalam...

No comments:

Post a Comment