Imunisasi adalah cara mudah, selamat dan berkesan untuk melindungi anak anda daripada penyakit tertentu.
Terdapat beberapa vaksin yang tidak termasuk dalam jadual imunisasi kanak-kanak, tetapi ia adalah sama penting. Vaksin ini boleh didapati di klinik dan hospital swasta di seluruh Malaysia:
1) Vaksin Rotavirus
Rotavirus adalah virus yang menyebabkan radang pada perut dan usus.
Gejala:
◆cirit-birit yang teruk
◆sering dengan muntah
◆demam
◆sakit perut
Cadangan Vaksin:
● vaksin rotavirus boleh diberikan dari usia 6 hingga 24 minggu. bergantung kepada pengeluar vaksin itu, 2-3 dos adalah memadai
2) Penyakit Pneumokokus
ia adalah jangkitan yang disebabkan sejenis bakteria yang dipanggil pneomokokus.
Komplikasi penyakit:
◆kerosakan otak
◆kematian
◆kehilangan deria pendengaran
Cadangan vaksin:
●vaksin pneumokokus adalah sangat efektif untuk mencegah penyakit yang teruk. Ia disyorkan bagi kanak-kanak seawal usia 2 bulan.
3) Influenza
ianya mudah merebak dan boleh menyebabkan masalah yang serius terutama pada kanak-kanak kecil.
Gejala:
◆demam
◆menggigil
◆batuk
◆sakit tekak
◆sakit kepala
◆sakit otot
◆keletihan
Cadangan vaksin:
vaksin influenza diberi kepada kanak-kanak 6 bulan hingga 8 tahun jika didapati dijangkiti virus ini.
(sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)
No comments:
Post a Comment