C.L.I.C.K.M.E

Monday 13 January 2014

Mereka sangat istimewa.

Berdepan dengan kanak-kanak istimewa saban hari banyak menguji kesabaran, dan dalam masa yang sama mengajar diri ini untuk sentiasa bersyukur dgn kesempurnaan diri yg dikurniakan Nya.

Terencat akal. Salah satu dari berbagai jenis kecacatan akal yang boleh menganggu proses pemikiran seseorang. Kerencatan akal merupakan salah satu keadaan di mana seseorang individu tidak dapat mengawal atau menggunakan sebahagian otot tubuh dalam keadaan yang normal. Hal ini berlaku disebabkan kerosakan bahagian otak. Ini menyebabkan otak gagal berfungsi dengan baik.

Antara kemungkinan boleh terjadinya terencat akal adalah disebabkan kekurangan oksigen dan bayi lemas semasa proses kelahiran. Wallahu'alam...






My students yang dengan susah payah nya cuba untuk mewarna bulatan.
Mereka mengambil masa yang agak lama juga untuk menyiapkan.
Walaupun hasilnya tidaklah begitu bagus,tetapi kegigihan mereka dipuji.
:)

No comments:

Post a Comment