C.L.I.C.K.M.E

Sunday 19 October 2014

Bersyukurlah ada suami


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

BERSYUKURLAH ADA SUAMI....

Semalam Ustaz sedih mendapat khabar berita sahabat baik mengalami ujian rumahtangga yang agak besar. Ustaz sekadar berpesan pada diri sendiri, bukanlah Ustaz yang terbaik, cuma mungkin dapat membantu sediki sebanyak dalam hal ini. Sebenarnya tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri kita.. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari.. Duduk berbincang dan cari kata sepakat.. Tiada bumi tak ditimpa hujan."

PENCERAHAN
Teringat gelagat ayah di suatu petang,
"Bila melihat emak mula bising bersuara, ayah tak mau balas dengan kata-kata.. Ayah keluar hidupkan enjin motor, pergi ke kedai beli kuih muih kesukaan emak.. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada emak, muka yang tadi masam terus tersenyum lebar, Alhamdulillah.. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hatinya.

Ayah perkongsikan pengalaman hidupnya, kata ayah, persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua.. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya.. Sebab itu, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja.. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi.. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia yang sempurna, tidak ada yang sempurna dalam hidup di dunia.

SILAP ISTERI YAng terlepas pandang.  Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati.. Silap dan menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicarakan.. Atau lelaki lain yang selalu disebut-sebutkan, Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga.. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita..

Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud: "Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka," Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?"

Rasulullah s.a.w menjawab, "Tidak.. Bukan begitu.. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka : 
1. Kamu mudah mengutuk atau menyumpah.
2. Kamu mudah kufurkan kebaikan suami.

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata.. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa.. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya.. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka.. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati.. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa.. Kasih mula bertukar marah.. Marah marak menyala-nyala, siapa yang rugi?..

YANG LEBIH, YANG KURANG....
 Satu perbualan yang ustaz dengar boleh diambil contoh yang baik..
"Awak beruntung ya, dapat suami yang memahami.. Tak seperti saya.. Hari-hari menjeruk rasa, "luah seorang kawan yang baru beroleh cahaya mata..

"Suami saya juga ada kurangnya..Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan.. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, "jawab perempuan itu supaya dia buka mata..
Sebenarnya, memang ada suami yang tak pandai uruskan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana.. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanjakan anak dan isteri dengan makanan istimewa.. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata.. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana.. Ketepikan kekurangannya dan ambillah kelebihannya.. Pasti kamu juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.  "Moga-moga dia berubah hati.. Kembali 'memandang tinggi' kehadiran seorang suami..

KESIMPULAN NYA
"Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambillah yang jernih.. Baru teguh peribadi. Wahai teman bergelar isteri, marilah kita muhasabah diri.. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta-Nya bersemi kembali.. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana itu
janji Allah, setiap kebaikan pasti terserlah..
Susunkan jemari, pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami.. Jangan bertangguh dan jangan lengah.. Bimbang maaf tiada serinya lagi..
wallahu'aklam

Mudir Ar Rashid Al Baghdadi

No comments:

Post a Comment